Sabtu, 18 Juni 2011

PAPA, ABAH, AYAH, DADDY, ABI

MOHD YUSOFF BIN HASSAN
aku bersama adik beradik dan juga abah n mama tercinta!


lelaki yang paling aku sayang atas dunia ni!
lelaki yang aku paling cintai atas dunia ni!
sebab dy adalah insane yang membesarkan aku selama ni!
insan yang iqamatkan di telinga ku suatu ketika dulu!
insann yang telah 19 tahun bersamaku!
ABAH!
itulah panggilan aku untuk beliau~
lau d alam reality,,kita mmg agak susah untuk meluahkan kata2 cinta, sayang pada insan yang xkisah la u all pnggil abah ke,,ayah, daddy, abi, dan juga papa!
sgt ssh!
lau ngan ibu korang,,xda la ssh sgt kan??
sedih kan jadi seorg ayah~
anak2 bese nmpk pengorbanan ibu je!
jarang nk hargai apa yang ayah dah buat untuk kita!
konon ayah 2 kan laki,,mana da masa nk tacing2!
xcuse me!
lau korg 2 ank laki skang ni,,tunggu la nnti korg bergelar bapak!
kita tgk la korg tacing ke x!
errrr~~

teringat aku akan suatu peristiwa yang berlaku masa aku nek kete ngan abah n mama aku~
masa 2,lau xsilap,,aku form5~
akak aku tepon mama aku,,tapi x dapat, so, dy pon col la no abah aku~
bila abah aku angkat,,kakak aku ckp nk cakap ngan mama aku!
pas2,,abah aku bg la tepon kat mama aku,,then dy ckp:
“anak2 abah lau tepon pon, mesti tepon mama,,lau tepon abah pon,,mesti just cari mama!”
errrrrrrr~
mungkin abah nada bergurau masa 2!
tapi, lau pk2 balik,,bila aku dok jauh cam gni,,aku rasa btol la kot apa yg abah ckp 2!
sbb lau aku pon,,jrg sgt aku tepon abah aku,,lau aku tepon pon,,ckp kejap je~
lau ngan mama aku,,3 jam pon xpe!
bagi nk bekap diri aku seolah2 aku ank yang solehah,,aku pk la:
“aku kan ank pompuan,,msti la suka gosip2 ngan mama aku”
tapi,,lau ank laki plak,,agk2 apa alasan dyorg nk bg utk bekap diri dyorg??errrrrrr~
abah!
abah!
abah!
terima kasih telah menjadi seorang lelaki yang menyayangi semenjak dari 26/04/1992 lagi, terima kasih atas kemewahan yang telah diberikan, atas kesenangan yang dilimpahkan!
ore saye abah!!

Selama ini, tangan itulah yang membelaiku. Selama ini, hati itulah yang selalu bimbangkanku. Sejak suara tangisku yang pertama, sejak dy laungkan azan di telingaku, dy begitu mengasihiku. Ya, aku adalah permata hatinya. Namun, aku bukan selamanya miliknya….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya aku pergi. Walaupun di hatinya tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah dy yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah dy untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai abah!

Hatinya tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjagaku sepenuh hati. Sejak bertatih, dy melihat jatuh bangun aku tanpa rasa letih. Siapakah yang akan membalut luka hatiku dalam kembara itu nanti? dy jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. dy tahu saat itu dy mesti mula melepaskanku. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. baginya, aku umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang.

mungkin inilah luahan hati seorang abah apabila seorang anak perempuannya dinikahi lelaki yang bakal menjaga anaknya itu!


Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak engkau membisikkan bahawa hatimu telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihanmu? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai? 

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar. 

Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan! Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah. Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dirimu begitu manja di sisi. 

Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah. Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!


"ya Allah matikanlah aku sebelum sempat aku menyakiti hati kedua ibubapaku..sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui pejalanan hidupku sekarang dan masa akan datang" 

dan pintaku pada imamku kelak:
awak adalah lelaki yang akan saya cintai dan sayangi sebagaimana saya menyanyangi dan mencintai abah saya!
awak jagalah saya sebaik mungkin sebagaimana abah saya menjaga diri saya!
awak cintailah saya sebagaimana abah saya mencintai saya!
kerana awak menyambung tanggungjawab abah saya untuk membimbing saya!
jangan lah awak putuskan hubungan saya dengan abah saya walau apa pon berlaku!
sayangilah abah saya sebagaimana awak menyayangi ayah awak sendiri!
awk jangan pisahkan kasih sayang saya dengan abah walau mungkin masa 2 abah saya sudah tua!
kerana abahlah:
saya ada d dunia ni!
saya boleh menjadi makmum awak kelak!
dan ingatlah:
awk juga seorang lelaki
yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan!
yang akan menggalas tanggungjawab pada anak2 kita sebagaimana yang telah abah lakukan pada saya dan adik beradik!
dan kepada yang telah kehilangan ayah:
doalah moga beliau bahagia di alam sana!
sedekahkan la-fatihah setiap waktu!
SELAMAT HARI BAPA!



Tidak ada komentar:

Posting Komentar