setelah sekian lama aku hanya jadi pemerhati,,aku jadi pendengar,,tiba2 bila aku bgn pagi td,,aku terpanggil untuk buat ulasan tentang hal ini!
bukan niat untuk menyibut~
bukan niat untuk menumpang populariti~
bukan niat untuk mengasah bakat menjadi wartawan~
bukan bukan bukan!!
hnya ni luahan hati aku sebagai pemerhati!
pemerhati kepada penderitaan yang dialami seorg ibu yang kehilangan anak kesayangannya!!

ALLAH!!
berikan ketabahan kepada beliau~
berikan kekuatan kepada beliau~
kuatkan semangat beliau~
sungguh!
aku xdapat bayangkan kalau itu terjadi pada diriku!
kehilangan seorang ank yang sudah dijaga, dibelai, dipeluk, dicium, selama 26 taun~~
sungguh berat dugaan ini!
namun aku tahu,,Puan Natrah insan terpilih untuk menerima ujian ini
kerana Allah taw beliau mampu hadapi semua ni~
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
saat ini, anak beliau dikhabarkan berada di negeri pantai timur, 2 hari lepas di negeri kelahiran aku,,namun begitu,belum sempat aku menjejakkan kaki menemui ayah bonda di sana, maklumat terbaru diterima!
anak beliau kini berada di Terengganu,,telah berlaku urusan pengeluaran duit dari akaun anaknya pada jam 11.51 td!
nampaknya, Allah telah membuka sedikit demi sedikit hijab bagi menemui kembali anak beliau!
insyallah!!
ank beliau akan kembali~
Cuma lambat atau cepat,,Allah Maha Mengetahui~
kita sebagai hambanya,,mintalah pertolongan dariNya:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”(Al-Baqarah: 45)
sandarkan harapan hanya kepada Allah!
Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan!
firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya:
“ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”
(At-Taubah: 129)
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar!
Puan Natrah dan keluarga,
Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mengucapkan kata-kata. Jauhilah ucapan yang dapat menghapuskan pahala musibahnya serta yang akan membuat Allah murka kepadanya, ucapan yang akan membuatkan Allah murka itu seperti mengatakan Allah berbuat zalim kepadanya dan sebagainya
semoga Puan dan keluarga redha dengan ujian ini..
kami pelajar2 Ipda sentiasa mendoakan kebahagiaan puan menemui anakanda tercinta~
nota kaki: pada semua wrga Malaysia,,ayuhlah sama2 kita mendoakan penemuan saudara Mohd Noor Azam,,seorg doctor lulusan Moscow Medical Academy!
di sini ingin saya minta kebenaran daripada Puan dan keluarga untuk mengupload gambar anak puan agar ramai lagi yang dapat membantu:

disini juga saya selitkan link berkaitan berita kehilangan misteri anak beliau yang dikaitkan dengan makhluk halus~
mohon di share berita ini pada semua kawan2 agar semuanya baik2 saja~~
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami!!
amin ya rabbal alamin~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar